Saturday, July 25, 2009

Panggilan PD Bike Fest 1 Ogos, 2009

Kepada semua members yang berminat utk ride ke PD Bike Fest sila berkumpul di Petronas Air Keroh pada pagi 1 Ogos, 2009 jam 11am. Ride akan disertai oleh ahli SMG Bt Pahat dan besar kemungkinan Jay biker's group dari Muar. 

Agak malang kerana saya tak dapat join kerana terlibat dalam program Pahlawan Melaka - Seni & Inspirasi pada 1 & 2 Ogos di Melaka.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Tim. Pres., Pak Ya atau penasihat KJP iaitu Bro Arif dari SMG.

Monday, July 20, 2009

Report Night Ride 19 July, 2009

Suatu program jamuan kenduri arwah telah diadakan di rumah Bro Rahim khusus utk ahli KJP. Majlis tahlil telah diimamkan oleh Tim. pres. pak Ya manakala acara makan telah didahului oleh Bro Zai dengan penuh lahap.

Seterusnya kami melakukan short ride melalui kawasan Ikan Bakar Alai, Bandar Hilir, Hang Tuah Mall dan lepak di Uptown Melaka. Kami bersurai sekitar jam 12.

Saat-saat sewaktu majlis tahlil 

iMAH bro arip dengan 'pampers' baru pada ekjoz ...

Tuesday, July 14, 2009

Report Lepak Session 14/7/09

Suatu sesi melepak sambil melantak free kopi O dan mihun telah diadakan lagi di rumah Tim. Presiden Selasa malam jam 9.30pm - 12pm. Antara yang hadir adalah ahli baru dari Taman Maju Jasin yang dikenali sebagai Rosle Nyamuk. 

Kehadiran : Bro Oyub, Bro Rahim, Bro Talib, Bro Huzai, Bro Awi, Bro Rosle, Bro Pak Ya, Bro Asmid, Seteko Kopi-O, Semangkuk Mihun tak dilupakan kuda2 besi kesayangan

Agenda perjumpaan :

- Sesi fuiyo / apresiasi logo baru kelab

- Bincang tentang program 1 Augustus, 09 ke PD Bike Fest dan Ekspedisi Kota Tinggi anjuran Maktab Henry Gurney dari 17-19 Oktober, 2009.

Minta kerjasama ahli sume tolong confirm kehadiran ke program di atas kpd saya melalui sms. Tak perlu la nak tunggu saya SMS dulu ... 

Monday, July 13, 2009

Panggilan Kopi-O Session Tuesday, 14 July 09, 9.30 pm

Salam bikers semua diminta hadir di rumah Tim. presiden, Pak Ya di Pengkalan Minyak, Air Molek. Agenda gathering kali ni untuk minum free tajaan Pak Ya sambil membincangkan program ride weekend ni.



Harap semua dapat hadir dan memberikan sokongan ....

Thursday, July 2, 2009

Sesi Lepak Khamis 2 Julai, 2009

Suatu sesi lepak telah diadakan di rumah Tim. Presiden di Kg Pengkalan Minyak, Air Molek, Melaka pada pukul 9.30 pm tadi ... sesi dimeriahkan dengan kehadiran penyeri mulut seperti mihun goreng, tidbits, rambutan gading dan kopi o kaw !!!

Tidak dilupakan promosi obat kuat pria terkini yang dipakejkan dengan minyak gosok pengetat anu ... hanya sesuai utk yang dah kawin aje ...

Klimaks gathering tadi adalah demonstrasi serta tunjuk ajar asas bermain tekpi oleh tak lain tak bukan Yang Mulia Tuan Guru Yahya a.k.a. Pak Ya dengan sedikit tambahan mengada ngada oleh S.U kelab ...

Sebelum membebel dengan lebih panjang ... baiklah gambir-gambir dilampirkan dibawah ...

Ciao !

Ubat Kuat yang dimaksudkan ...


Antara tekpi yang jadi mangsa malam tu ...


Bro Yazid tayang skil tari tekpi


Bro Rahim menayang skil 'menyonyot'


Tim.Presiden dengan hidangan dan senjata nya ..


Hadirin sedang merebut hidangan ...



Antara kuda besi yang hadir ...