Wednesday, September 23, 2009

Minit Mesyuarat Khas 22 Jun, 2009

Suatu mesyuarat ringkas telah diadakan di rumah Y.Bhg. Datuk Rahim (presiden) sempena ride open house semalam. Agenda utama adalah membincangkan program ride open house dikalangan ahli sepanjang bulan Syawal.

Berikut catatan ringkas minit mesyuarat tersebut :

1) Presiden menerangkan tentang potensi mendapatkan dana geran dari Kem. Kesihatan sebanyak RM 150,000. Namun ini memerlukan kelab didaftarkan. Setiausaha kelab telah diminta menyerahkan dokumen-dokumen pendaftaran yg berkaitan serta booklet aktiviti bergambar kelab selama ini utk urusan pendaftaran yg akan diusahakan oleh presiden sendiri.

2) Pak Ya meminta kerjasama ahli utk menggilirkan Open House masing2 agar dpt diadakan program ride.

3) Zai memaklumkan tentang sms saudara Sham Datuk (Soul Bikers) menjemput bikers ke Open House YB Datuk Ghafar Atan di Japerun Alor Gajah pada Jumaat 25 Sep, 09 ini. Mesyuarat sepakat utk merayakan Open House di rumah Bro Awi pada pkl 6pm hari tersebut, solat Maghrib di sana dan ride ke Alor Gajah.

4) Berkaitan keperluan pendaftaran kelab, Bro Zai secara sukarela mengundurkan diri sebagai Setiausaha atas alasan peribadi yg tak dpt dielakkan. Bro Awi secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dengan dibantu oleh Bro Zai. Jawatan bendahari pula diserahkan ke bro Francis.

5) Berikutan penyerahan tugas setiausaha, bro Zai akan memaklumkan kpd bro awi dan bro francis email address rahsia yg akan membolehkan mereka mengirim posting ke dalam blog kelab.

6) mesyuarat juga dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta semua urusan perhubungan RASMI adalah melalui sms bro awi dan juga posting di blog.

7) mesyuarat dimaklumkan tentang ride ke Mersing anjuran Henry Gurney pada bulan Oktober nanti. Maklumat tentang Melaka Bike Fest dan KL Bike Jam juga telah dilaporkan. Ahli diminta mengesahkan penyertaan segera terutamanya utk Melaka Bike Fest kerana senarai perlu dihantar ke penganjur ASAP bersama yuran rm 80/orang.


Sekian laporan ringkas oleh Bro Zai.

1 comment:

  1. Ass, Bro Zai,
    Segala apa2 dan apa2 yang berkaitan Blog Rasmi KJPM di " handle " oleh Bro Zai dan secara rasmi masih lagi berjawatan Penolong Setiausaha Rasmi.

    Bro Awi( Bakal SU)

    ReplyDelete