Sunday, June 28, 2009

Club Logo in the making ! (Updated July 14, 2009)

Akhirnya logo rasmi kelab telah siap !!




Wednesday, June 17, 2009

Ride Report (Night ride) to Jasin 17th June, 2009

Night ride ke Jasin ini bagi tujuan ramah mesra dgn Presiden KJP, iaitu Y.Bhg. Datuk Rahim Abu. Ride disertai oleh 9 ekor kuda besi iaitu milik Zai, Ariff, Pak Ya, Awi, Talib, Razib, Rahim, Senan dan Asmid. Pertemuan diadakan di hadapan Pejabat Pekida Daerah Jasin yg mana kebetulan Datuk Rahim mengadakan mesyuarat AJK nya disitu.

Ringkasan diari ride:

9.00 pm - RV point di Petronas Air Molek
9.30 pm - gerak ke Jasin
10.00 pm - sampai ke pejabat Pekida Daerah Jasin. Minum sambil menunggu Datuk keluar dari mesyuaratnya.
11.30pm - acara melantak sambil mengumpat
12.15am - akhirnya Datuk muncul dan mula memberikan syarahan nya
12.30am - gerak balik ke Melaka Tengah ...

Sunday, June 14, 2009

Ride Report Sunday 14th June, 2009

Alhamdulillah acara dirancang berjaya disempurnakan dengan selamat. Cuma sikit kekeliruan tatkala sampai ke Pt. sulong krn rupa2nya gathering yg dibuat bukan anjuran En Karmuji tapi penerbit sebuah majalah permotoran. Wakil Melaka terdiri dari Ariff, Zai, Pak Ya, Awi dan Talib.

Acara lebih kurang :
8.30 am - gerak dari Shell Semabok
10.00 am - sampai Bakri, Muar disambut oleh Jay & the gang lebih kurang 20biji motor
10.30am - konvoi ke Dataran Pt. Sulong, Bt. Pahat
12.30pm - makan tajaan org kuat Umno situ
1.30pm - gerak dan singgah masjid solat
2.30pm - singgah Kedai Gemok di Serom utk menghabiskan duit
5.00pm - gerak balik Melaka.

Ni ada sikit gambar buat tatapan semua ...

Thursday, June 11, 2009

Attention ! Sunday ride 14/6/09 (Updated)

Update 13 Jun, 09 - Sila berkumpul esok pagi di Shell Semabok jam 8am. Taklimat keselamatan dan etika ride secara asas akan diberikan sebelum gerak. Maaf krn smlm saya terlupa memaklumkan tentang pembatalan sesi taklimat di Alai.

Salam geng ... Mana2 yang belum confirm kehadiran ke program ride makan2 di rumah biker pemurah, En Karmuji di Sri Medan, Bt Pahat, tolong sms saya segera di 012 6820460.

Wednesday, June 10, 2009

Gathering Handover KJP Goodies 9th June, 2009

Pada sekitar jam 10pm di Dataran Bandaraya, Melaka telah diadakan suatu perjumpaan untuk menyerahkan goodies KJP kepada ahli-ahli yang telah mendaftar dan membayar sebanyak RM 50. Barangannya adalah T-Shirt hitam dan tuala key berlogo kelab. Stok masih ada sekiranya ada yang berminat sila email kami di jaguhpatriotik@gmail.com. Gambar akan dimasukkan dalam suatu post lain sebentar lagi.

Antara perkara yang telah dibincangkan :

1) Perlantikan Bro Ariff (Skull Madness MG) sebagai penasihat kelab memandangkan pengalaman beliau yang luas dalam aktiviti motor berkumpulan. Sekadar rekod, beliau pernah menjadi Setiausaha BP Hawk dan pengasas Skull Madness Malaysia Motor Group (SMMG).

2) Mengadakan suatu taklimat khas tentang etika dan keselamatan ride. Taklimat dicadangkan pada petang Jumaat di rumah Bro Rahim (ARBAR) di Alai. Taklimat dalam bentuk Powerpoint dan hand-out akan disampaikan oleh penceramah jemputan yang poyo, iaitu Bro Ariff (SMMG).

3) Menayangkan majalah My Chopperz (dipinjam dari bro arif) keluaran sulung yg diterbitkan 3 bulan sekali. Logo kelab akan dikirim kpd penerbit majalah utk dimasukkan dalam edisi akan datang.

4) Tawaran gathering makan2 di rumah biker, En Karmuji di Sri Medan, Batu Pahat pada Ahad ini (14 Jun 09).  En Karmuji adalah seorang bikers pemurah dari Batu Pahat. Gathering pertama beberapa bulan dahulu menyaksikan hampir 1,000 bikers majority easy-rider dari segenap pelusuk Johor dan Melaka berkumpul untuk merebut dan melantak makanan free yang meriah lagi percuma !! Setakat ini 7 orang dari KJP telah confirm akan pergi. Sesiapa yg nak pergi tolong confirm ke Bro Zai. Biker dinasihatkan untuk service dan check kuda besi masing2 supaya tidak ada masalah dalam perjalanan.

5) Ride ramah mesra ke Rembau bersama Rembau Bikers mungkin ditangguhkan ke hujung Jun atau Julai. Komunikasi dengan En Maidin Rembau Bikers akan diadakan utk menyelaraskan program bersama.

Santai Ride Sunday, 7th June, 09

Jaguh'ans telah berkumpul di Gazebo Restoran, Melaka seawal jam 4pm. Kemudian ronda-ronda sekitar Hang Tuah Mall hingga ke Taman Rempah. Acara seterusnya minum, solat Maghrib dan makan sup tulang di Tmn Rempah ...