Wednesday, June 10, 2009

Gathering Handover KJP Goodies 9th June, 2009

Pada sekitar jam 10pm di Dataran Bandaraya, Melaka telah diadakan suatu perjumpaan untuk menyerahkan goodies KJP kepada ahli-ahli yang telah mendaftar dan membayar sebanyak RM 50. Barangannya adalah T-Shirt hitam dan tuala key berlogo kelab. Stok masih ada sekiranya ada yang berminat sila email kami di jaguhpatriotik@gmail.com. Gambar akan dimasukkan dalam suatu post lain sebentar lagi.

Antara perkara yang telah dibincangkan :

1) Perlantikan Bro Ariff (Skull Madness MG) sebagai penasihat kelab memandangkan pengalaman beliau yang luas dalam aktiviti motor berkumpulan. Sekadar rekod, beliau pernah menjadi Setiausaha BP Hawk dan pengasas Skull Madness Malaysia Motor Group (SMMG).

2) Mengadakan suatu taklimat khas tentang etika dan keselamatan ride. Taklimat dicadangkan pada petang Jumaat di rumah Bro Rahim (ARBAR) di Alai. Taklimat dalam bentuk Powerpoint dan hand-out akan disampaikan oleh penceramah jemputan yang poyo, iaitu Bro Ariff (SMMG).

3) Menayangkan majalah My Chopperz (dipinjam dari bro arif) keluaran sulung yg diterbitkan 3 bulan sekali. Logo kelab akan dikirim kpd penerbit majalah utk dimasukkan dalam edisi akan datang.

4) Tawaran gathering makan2 di rumah biker, En Karmuji di Sri Medan, Batu Pahat pada Ahad ini (14 Jun 09).  En Karmuji adalah seorang bikers pemurah dari Batu Pahat. Gathering pertama beberapa bulan dahulu menyaksikan hampir 1,000 bikers majority easy-rider dari segenap pelusuk Johor dan Melaka berkumpul untuk merebut dan melantak makanan free yang meriah lagi percuma !! Setakat ini 7 orang dari KJP telah confirm akan pergi. Sesiapa yg nak pergi tolong confirm ke Bro Zai. Biker dinasihatkan untuk service dan check kuda besi masing2 supaya tidak ada masalah dalam perjalanan.

5) Ride ramah mesra ke Rembau bersama Rembau Bikers mungkin ditangguhkan ke hujung Jun atau Julai. Komunikasi dengan En Maidin Rembau Bikers akan diadakan utk menyelaraskan program bersama.

1 comment:

  1. semoga semua perancangan berjalan lancar dan sentiasa di bawah perlindungan ALLah istimaq malaysia 9.10.11.julai di quarters klia-Tpkmjpm

    ReplyDelete